ANJING - PART 2
....begitulah setiap petang, balik dari kerja aku takkan lupa untuk belikan roti paun dan mengutip tulang ayam KFC.... dah menjadi rutin.. Balik kerja fikiran ku untuk berjumpa dengan 'anjing'... Bila aku datang, dia akan berlari dari hutan kecil itu, melompat-lompat dan menyalak di hadapan ku... mungkin dia juga gembira melihat aku..... adakalanya aku bersembang dengan dia. Biar pun aku tahu dia mungkin tak faham, tapi tak mengapa. Sekurang-kurangnya luahan hati di lepaskan... Aku boleh bercakap apa sahaja dengan dia dan dia tidak pernah pergi bila aku sedang bercakap....
Dia makan roti paun sahaja dan bila aku dapat gaji aku akan belikan dia setin makanan kucing untuk dia. Aku tak beri makanan anjing kerana katanya dibuat dari daging yang tak halal. Dia menunggu dan makan di hadapan aku.... hanya berdindingkan pagar hijau itu memisahkan kami... aku tidak pernah sentuh dia.
"anjing...... nanti kalau aku tak ada, siapa nak bagi kau makan? ... kau jangan makan yang busuk busuk tau.... lari kalau ada orang nak pukul kau, tau???" itu perkataan biasa aku kepada dia.... Aku cakap dengan perasaan aku.. Ajaibnya aku berasa dia faham. Cara dia melihat aku. cara dia menggoyangkan ekornya, menjelirkan lidahnya.... Biasanya hampir maghrib aku akan bali dan dia akan menyalak kepada ku dan berlari masuk kehutan... adakalanya bila hujan, aku terbayang bagaimanakah dia menjalani hidup dalam hutan itu......ah.....mcm orang gila pulak rasanya..
Hari berganti hari, hubungan kami erat. Orang lalu lalang yang biasa melihat kami sudah melebelkan anjing ini milik aku......... "anjing zaidi........" begitulah kalau ada orang bertanya. Aku tunggu je kalau ada orang panggil 'zaidi anjing'. mahu perang sabil nanti. Sehingga ada orang mengadu kepada aku, jika anjing menyalak kepada anak-anak mereka yang hendak pergi mengaji... Marahnya diluahkan kepada aku. Biasanya aku minta maaf dan berkata " maaflah... esok saya cakap pada dia jangan menyalak lagi.........." sindir aku. Hakikatnya aku tahu, anjing di sebelah pagar dan tak mungkin dapat masuk kesini...
Esoknya seperti biasa, aku pergi... dan ceritakan kepada anjing. "...kau jaga kelakuan.... manusia tak suka.." Hari berganti hari, tanpa disedari hampir 2 tahun kami bersama..... Bila balik kerja jika tidak melihat anjing, aku akan rindu. Bila bercuti, anjing penuh dalam fikiran aku. Bila dapat gaji, makanan untuk anjing ada dalam baget aku....... entah kenapa aku jadi begini.,. aku jadi sayang kepada dia....
Hari rabu.........
Aku tidak lagi melihat anjing.... hari khamis... aku tidak melihat dia lagi.....'eh? mana dia pergi??? Anjing..... anjingg....." aku melemparkan roti... dia tiada..... hari jumaat.... dia tiada juga..Aku jadi bimbang... setiap orang yang lalu aku akan bertanya.... ada yang kata mereka pun tak nampak... Aku ke majlis daerah... bertanya tentang anjing, mana tahu telah di tangkap...."tak ada pulak kami tangkap anjing bulan ni encik..." kata pegawai tu... Aku jadi risau... siang malam memikirkan. Adakalanya dalam gelap subuh aku pergi kehutan kecil itu memanggil dia....
Hari berganti minggu dan berganti bulan..... dia tidak kelihatan lagi.. pernah mengalir airmata ku sujud kepada Allah, bertanya tentang dia........ namun dia tak muncul lagi........Aku tidak tahu dimana dia hingga hari ini... Hutan itu sudah tiada lagi. Pembangunan rumah mewah tersergam. Anjing masih aku rindui hingga hari ini.....sudah lima tahun... dan rindu ini masih mencengkam........
Dia najis mughalazah yang di rindui.........
Anjing........
No comments:
Post a Comment