Monday, 31 October 2016

ANJING - PART 2

....begitulah setiap petang, balik dari kerja aku takkan lupa untuk belikan roti paun dan mengutip tulang ayam KFC.... dah menjadi rutin.. Balik kerja fikiran ku untuk berjumpa dengan 'anjing'... Bila aku datang, dia akan berlari dari hutan kecil itu, melompat-lompat dan menyalak di hadapan ku... mungkin dia juga gembira melihat aku..... adakalanya aku bersembang dengan dia. Biar pun aku tahu dia mungkin tak faham, tapi tak mengapa. Sekurang-kurangnya luahan hati di lepaskan... Aku boleh bercakap apa sahaja dengan dia dan dia tidak pernah pergi bila aku sedang bercakap.... 

Dia makan roti paun sahaja dan bila aku dapat gaji aku akan belikan dia setin makanan kucing untuk dia. Aku tak beri makanan anjing kerana katanya dibuat dari daging yang tak halal. Dia menunggu dan makan di hadapan aku.... hanya berdindingkan pagar hijau itu memisahkan kami... aku tidak pernah sentuh dia. 

"anjing...... nanti kalau aku tak ada, siapa nak bagi kau makan? ... kau jangan makan yang busuk busuk tau.... lari kalau ada orang nak pukul kau, tau???" itu perkataan biasa aku kepada dia.... Aku cakap dengan perasaan aku.. Ajaibnya aku berasa dia faham. Cara dia melihat aku. cara dia menggoyangkan ekornya, menjelirkan lidahnya.... Biasanya hampir maghrib aku akan bali dan dia akan menyalak kepada ku dan berlari masuk kehutan... adakalanya bila hujan, aku terbayang bagaimanakah dia menjalani hidup dalam hutan itu......ah.....mcm orang gila pulak rasanya..

Hari berganti hari, hubungan kami erat. Orang lalu lalang yang biasa melihat kami sudah melebelkan anjing ini milik aku......... "anjing zaidi........" begitulah kalau ada orang bertanya. Aku tunggu je kalau ada orang panggil 'zaidi anjing'. mahu perang sabil nanti. Sehingga ada orang mengadu kepada aku, jika anjing menyalak kepada anak-anak mereka yang hendak pergi mengaji... Marahnya diluahkan kepada aku. Biasanya aku minta maaf dan berkata " maaflah... esok saya cakap pada dia jangan menyalak lagi.........." sindir aku. Hakikatnya aku tahu, anjing di sebelah pagar dan tak mungkin dapat masuk kesini...

Esoknya seperti biasa, aku pergi... dan ceritakan kepada anjing. "...kau jaga kelakuan.... manusia tak suka.." Hari berganti hari, tanpa disedari hampir 2 tahun kami bersama..... Bila balik kerja jika tidak melihat anjing, aku akan rindu. Bila bercuti, anjing penuh dalam fikiran aku. Bila dapat gaji, makanan untuk anjing ada dalam baget aku....... entah kenapa aku jadi begini.,. aku jadi sayang kepada dia....

Hari rabu.........
Aku tidak lagi melihat anjing.... hari khamis... aku tidak melihat dia lagi.....'eh? mana dia pergi??? Anjing..... anjingg....." aku melemparkan roti... dia tiada..... hari jumaat.... dia tiada juga..Aku jadi bimbang... setiap orang yang lalu aku akan bertanya.... ada yang kata mereka pun tak nampak... Aku ke majlis daerah... bertanya tentang anjing, mana tahu telah di tangkap...."tak ada pulak kami tangkap anjing bulan ni encik..." kata pegawai tu... Aku jadi risau... siang malam memikirkan. Adakalanya dalam gelap subuh aku pergi kehutan kecil itu memanggil dia....

Hari berganti minggu dan berganti bulan..... dia tidak kelihatan lagi.. pernah mengalir airmata ku sujud kepada Allah, bertanya tentang dia........ namun dia tak muncul lagi........Aku tidak tahu dimana dia hingga hari ini... Hutan itu sudah tiada lagi. Pembangunan rumah mewah tersergam. Anjing masih aku rindui hingga hari ini.....sudah lima tahun... dan rindu ini masih mencengkam........

Dia najis mughalazah yang di rindui.........

Anjing........

ANJING.......
Ini kisah 5 tahun lalu.  Dia selalu ada di luar pagar.  Dia tinggal di dalam hutan kecil di belakang tu.  Aku namakan dia 'anjing'.  Dia sangat istimewa pada aku.  Dia bukan anjing biasa.  Dia bukan anjing jalanan.

Anjing,  najis mughallazah.  Aku diajar dari kecil agar jangan di sentuh najis ini.  Tetapi aku tidak pernah di asuh membenci anjing.  Ayah ku kata "dia makhluk Allah juga...."  terdengar di telinga aku sewaktu aku ambil batu dan membaling anjing yang lalu. " Jangan benci binatang,  selagi dia tidak membahayakan kita..."  kata ayah aku lagi...  Itulah kata kata yang masih dalam ingatan aku di ucapkan oleh Almarhum Ayahnda aku 47 tahun lalu.......

"anjing".....  Selalu menunggu aku di luar pagar ini.....  Dia akan keluar dari hutan kecil itu,  bila melihat kelibat aku...  Dia akan menggoyang-goyangkan ekor nya,  melompat lompat manja.  Dalam hari aku semacam ada perasaan,.  Faham ada dalam fikiran dia...  Dia membesar di hutan ini....  Kata orang,  ibunya telah di bunuh oleh petugas majlis daerah....  Sejak itu dia tinggal di hutan ini.....  Dia tak pernah keluar.  Dia makan dari buangan manusia pengotor di luar pagar ini.  Tulang ayam goreng,  makanan tidak habis,  makanan basi yang di lemparkan oleh manusia pengotor yang malas membuang ke dalam tong sampah.  Dia akan mengutip rekahan itu dan makan....  Kemudian masuk ke dalam hutan semula........

Hari hari aku melihat perlakuan ini sehinggalah satu hari aku beli sebuku roti paun dan cuba duduk di tepi pagar itu......  Aku tunggu dia...  Tak menghiraukan manusia lalu lalang...  Aku nampak dia mengendap intai aku dari dalam semak itu.  Selama ini tak pernah ada sesiapa yang tunggu..  Dia cuak agaknya....  Aku duduk di pagar sebelah ini...  Mengumpan roti paun di tangan aku.....  Dia tidak percaya.....  Aku koyak kan plastik roti,  dan makan sekeping....  Aku memandang dia,  dia nampak terkesima.  Aku tahu dia lapar....
".. Anjing...... Anjing..... " panggil ku lembut.....  Dia memandang aku menjelirkan lidah..." anjing.....  Mari...  Mari..... " aku melemparkan sekeping roti ke dalam pagar itu....  Dia berlari datang dan mengongkong roti itu dan bawa masuk ke dalam hutan.... Dia takut...  Aku pun baringkan semua sekali ke dalam pagar dan aku pulang......

Esoknya aku datang lagi...  Membawa rumah rumah tulang ayam yang aku minta pekerja KFC kumpulkan...  Juga aku bawa sebuku roti... Aku duduk juga di tempat semalam...  Kali ini dia nampak mesra...  Dia berani datang mendekati pagar.... ' mungkin bau ayam agaknya....  " bisik aku... Aku lemparkan tulang ayam berselang dengan roti...  Kali ini dia makan di depan aku.  Itu pun sambil mengubah,  sambil memandang aku....." hehehe...  Aku panggil kau anjing ya...  Nama kau anjing.. " aku bercakap dgn dia...  Dia terus makan dan aku terus melemparkan makanan...........  Hari hampir maghrib,  aku pulang........


Saturday, 29 October 2016


PERJALANAN KEHIDUPAN

Aku menulis dengan perasaan sendiri. Apa yang di tulis adalah luahan secara langsung dari dalam fikiran tanpa di rancang gaya penulisannya. Apa yang keluar mengalir dari perasaan yang tulus ikhlas dan tulen. Lihat lah kehijauan ini. Tulen dan nyaman. Masih berpeluang melihatnya. Menikmatinya dan meredakan urat saraf yang saban hari di hasak dengan perjalanan kahidupan yang mencengkam dan menghimpit.

Itulah kita, aku, kamu, mereka, dia........manusia biasa yang adakalanya mahu menjadi lain dari seorang manusia. Ada manusia mahu menjadi tuhan. Mahu rasa jiwa yang maha berkuasa, maka resminya menghukum manusia lain biar pun di dalam fikirannya. Ada yang mahu jadi syaitan. Membuat kejahatan dan segala kejahatan dan kenakalan seolah-olah dia tidak akan mati. Seolah-olah dia sama ada bersama iblis sewaktu memohon kepada AL Malik untuk di hidupkan sehingga kiamat. Ada yang mahu menjadi malaikat. Dimana hidupnya hanya tertumpah kepada Maha Pencipta. Tak pedulikan kehidupan dunia nyata.

Apa pun yang mahu kita 'jadi', kita tetap manusia biasa. Kita lemah dan saling bergantungan antara satu sama lain. Kita saling perlu memerlukan. Kita tak mungkin dapat hidup bersendirian. Fikiran kita perlu di bebaskan. Perasaan kita wajar di luahkan. Pandangan kita mahu di raikan. Perintah kita mahu di turuti manusia lain. Itulah sifat manusia. Sifat yang sentiasa baharu. Kita mahu sentiasa di perbaharui...... tak kiralah apa yang kita mahu kita 'jadi'.........

Jadi aku menulis, meluahkan perasaan ini agar ianya menjadi hiburan, pengalaman, pengajaran, dan entah apa lagi yang aku tak tahu........

Terima kasih kerana sudi berada dalam kehidupan aku....... fikiran aku... pengalaman aku......

Aku perlukan kamu.. m