_Pedihnya sajak *A. Samad Said* ni.. Terkedu bila dihayati.. "Betulkan yg Biasa, Biasakan yg Betul.. *"Sh aring is Carring"*.._
_*HAI MELAYU..*_
_Hai *Melayu*!_
_Rumahmu semua dibina kontrak *Indonesia*,_
_Ekonomi pula dikuasai *Cina*,_
_Golongan profesional semuanya *India*,_
_Warung makan pun,_
_*Mamak* dan *Siam* yg berkuasa,_
_*Bangla* control cuci kereta,_
_Org *Nepal* yg menjadi jaga,_
_Org *Pakistan* usung karpet jaja merata,_
_*Lalu melayu ada apa?*_
_Harapkan Ustaz.._
_Saling menyesat,_
_Harapkan hiburan.._
_Lagi best filem barat,_
_Harapkan bahasa.._
_Byk telah bertukar kesat,_
_Harapkan tulisan.._
_Jawi pun mereka hambat,_
_Harapkan tanah.._
_Byk digadai kpd *Korporat!!*_
_Hai *Melayu*!_
_Masih mendabik menjadi tuan?_
_Sibuk mahu menjadi *tuan*,_
_Rupanya kerja kelas bawahan,_
_Ditipu mentah org atasan,_
_Konon perjuangan ini utk kalian!_
_Kerja sikit.. Sembang kencang,_
_Byk rungut.. Sikit rancang,_
_Siapa tegur.. Dituduh lancang,_
_Duduk warung.. Gigit kacang!_
_Hai *Melayu*!_
_Konon kau pantang dicabar,_
_Konon kau tangkas menyambar,_
_Tapi cuma indah khabar,_
_Rentakmu makin lama makin hambar,_
_Kau *Melayu* aku pun *Melayu*,_
_Aku menulis bkn cemburu,_
_Aku mahu engkau tahu,_
_Knp *Melayu* tak mcm dulu.._
_Hai *Melayu*!_
_Jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,_
_Bila berdepan ekonomi semasa kau tdk berdaya,_
_Cuma yg kau tahu melaram bergaya._
_Hai *Melayu*!_
_Kau melaung-laung di jalan raya,_
_Bagi tahu kpd dunia.. ini bumi aku yg punya,_
_Pd hakikat ia digadai kpd sepet yg kaya!_
_Hai *Melayu*!_
_Krn hendak bergaya kau gadai pusaka,_
_Bila dah kaya kau jadi puaka,_
_Ini tandanya kau sudah derhaka!_
_Hai *Melayu*!_
_Sedarlah bangsa ku,_
_Buka lah minda mu,_
_Bersatulah bangsa ku,_
_Krn *Malaya* bukan lagi milik mu!_
_Aku pun *Melayu*,_
_Engkau pun *Melayu*,_
_Bodoh Sombong harus di tepis,_
_Riak, Bongkak dan Hasad Dengki_
_Sesama bangsa harus guris,_
_Bersatulah *Melayu* krn *agama* dan *bangsa*,_
_Moyang-moyang yg tlh berjasa,_
_Krn ini mungkin peluang akhir_
_Bangsaku utk negara,_
_Berjasa dan Berkuasa.._
_Pedih menyengat.._
_Utk muhasabah diri kita._
_*Jika Tak Nak Berubah*,_
_BETULKAN YG BIASA,_
_BIASA KAN YG BETUL._
_*Teruslah Jadi Melayu*_
_*Yg Layu Di Tanah Sendiri*_
😰😰😰😰😰
perjalanan kehidupan
Tuesday, 8 November 2016
Thursday, 3 November 2016
PANTAI LIDO
Aku sapu pasir di atas bangku batu. Ukiran merah bertulis 'sumbangan dari...... k...d.....' tidak kelihatan lagi kesan dikikis oleh manusia bercinta, agak aku. Aku melabuhkan punggung lebar aku di atas bangku. Menghadap laut luas di Port Dickson. Angin kencang laut. Cuaca mendung. Gandingan hawa sejuk menyegarkan..... Ombak Selat Melaka manja dan kecil sahaja di tolak angin. Bunyinya, baunya mendamaikan.....
50 meter di hadapan ku, anak kecil berbolen berlari-lari main ombak kecil. Kadang-kadang jatuh dan dia bangun menyapu lututnya. Gembira sungguh dia. Dari jauh, ada perempuan melihat dia... ibu agaknya... Aku terus menikmati keindahan lautan dihadapan. Memang aku suka sangat kepada lautan. Melihat laut, jiwa ku separuh terbang. Bunyi hingar kenderaan lalu lalang di belakang ku tidak kedengaran lagi. Hanyalah bunyi ombak laut menghempas pantai... aduhhhhh nyamannya...
Teringat aku, lebih kurang 40 tahun lalu... masa itu kecil lagi. Tingakatan satu, tetapi berasa sudah besar. Pernah dimarahi ayah.....".. abang tak boleh pergi, abang kecil lagi...." kata ayah ku. " alahhh... ayah ni, abang dah besarlah, dah sekolah menengah. Dah pakai seluar hijau.." aku menjawab. Perlahan tetapi penuh dengan nada kedegilan. " Tak boleh abang, nanti ayah dan emak bimbang..." aku mula panik. Surat kebenaran pergi mendaki Gunung Lambak di Kluang oleh pemuda 4B dalam gengaman rasanya hampir pasti tidak di tandatangani ayah.... " alah ayah..... dah janji dengan kawan dah...." Degil budak ni!.. muka ayah dah marah..... Aku pun pergi dengan hati yang sakit dan air mata yang berlinang. Emak nampaknya tidak menyebelahi aku... aku kecewa dan rasa tidak disayangi..... Aku berjalan laju, penuh rasa berontak.. Malu nak cakap dengan kawan-kawan ayah tak beri kebenaran. Pasti mereka akan sindir aku. Semua bermain dalam kepala aku. Dalam perjalanan keluar dari rumah... aku nampak burung tekukur ayah dalam sangkar. Aku tahu burung itu kesayangan ayah.... Aku pun buka sangkar dan ambil burung itu lalu aku picit. Mengelupur burung tu..... aku campak di luar sangkar.... aku lari... jauh... jauh..... rasa terbalas sakit hati aku...
" Abang! Kenapa tekukur ayah mati tu?" "entah.. mana tau..." jawab ku dengan degil dan memandang kebawah. Tidak berani aku memandang wajah ayah....."kakak, cakap abang yang picit...baik abang mengaku, ayah tak mau anak ayah cakap bohong".. nada suara ayah menggerunkan hati aku.. " orang tak buat, tak buatlah!!" suara ku tinggi........kemarahan keranan tidak beri kebenaran ke Gunung Lambak masih membara di hati.........sapppp!!!! ayah menghayunkan getah paip pendek ke punggung aku.... huwaaaaaaaaa!!!! aku terus melalak, melompat lompat kesakitan. Pedihnya.... Ayah terus rotan lagi ..."kan ayah kata jangan bohong! Ayah tau abang buat........" sapp sappp sappppp.... lima enam das kena... aku menjerit dan menangis kesakitan, marah....aku lari...
" encik, maaf ya saya sapu sikit" lamunan aku terhenti dek sapaan tukang sapu... Aku pun berdiri, membiarkan dia menyapu daun dan kertas di sekeliling bangku aku.. Hairan juga, mengapa manusia ni suka buang kertas merata-rata. Kertas burger........ hish.. tongsampah kan di sediakan... Aku biarkan dia menyapu. Bila selesai aku duduk semula. Keluarkan kek potong yang aku beli di tujuh sebelas tadi. Air mineral sebotol.. Aku koyakkan plastiknya dan mengunyah.. Sedap juga kek ni.....
Anak kecil yang bermain di gigi air tadi tidak kelihatan lagi.. "dah balik agaknya.... " Tak perasan aku dek melamun.... angin laut semakin kencang.. nyaman... bunyi deburan ombak sungguh merdu di telinga aku. Sesekali terdengan bunyi loceng ais kerim jualan lelaki pakistan jauh di sana... Banana boat dinaiki 7 orang di tarik boat melintas di hadapan ku. Jeritan keseronokan terdengar........
Aku melihat birat di peha aku. Merah berjalur akubat getah paip tadi. Emak biarkan aku sendirian di bilik. Adik aku tak berani menegur aku... 'Huhuhuhuhu......" aku merengek... pada aku ayah zalim. Aku rasa benci pada masa itu.. dan aku juga rasa di benci.. Malam itu entah jam berapa aku tidur dalam linangan air mata.... Aku sudah bertekad mahu lari dari rumah.... aku mahu pergi membawa diri ku.. aku tak mau pulang lagi.. Begitulah azam ku.
Suboh itu aku bangun awal.. ayah sudah kesurau. Ibu entah mana. Aku tak semak. Aku buka wallet ayah dan ambil 50 ringgit. Masa tu, itulah pertama kali aku lihat 50 ringgit. Aku pun tak tahu nilainya. Apa yang aku tahu, banyak dan cukup untuk aku melarikan diri.....Aku bawa beg kecil, bawa baju sikit. Masa tu, tak tau planning mcmana.. Jalan kaki ke bas stop. Naik bas ke simpang renggam. Masa tu tambang 10 sen rasanya.. aku tak berapa ingat. Sampai di Simpang renggam aku naik bas pergi ke Johor Baru... entah berapa tambangnya... aku bayar sahaja... Bas berhenti beberapa kali. Masa tu tak ada hyway. Jalan lama. Bas berhenti berkali kali menurunkan penumpang. Aku turun dan beli kek bulat dan air coca cola sahaja.......aku tekat melarikan diri. Kemana??? Apa yang aku tahu hanyalah Pantai Lido sebab ayah pernah bawa aku mandi laut di pantai Lido. Sekarang pantai tu dah tak ada. Dah di bangunkan oleh mereka yang mengaut kekayaan. Danga Bay. Entah berapa jam dalam bas. sampai di Johor dan aku tekan loceng di pantai lido......
....................... azan asar berkumandang... aku bangun dari bangku aku, berjalan ke masjid berhampiran... nantilah aku cerita lagi.... solat dulu...
Monday, 31 October 2016
ANJING - PART 2
....begitulah setiap petang, balik dari kerja aku takkan lupa untuk belikan roti paun dan mengutip tulang ayam KFC.... dah menjadi rutin.. Balik kerja fikiran ku untuk berjumpa dengan 'anjing'... Bila aku datang, dia akan berlari dari hutan kecil itu, melompat-lompat dan menyalak di hadapan ku... mungkin dia juga gembira melihat aku..... adakalanya aku bersembang dengan dia. Biar pun aku tahu dia mungkin tak faham, tapi tak mengapa. Sekurang-kurangnya luahan hati di lepaskan... Aku boleh bercakap apa sahaja dengan dia dan dia tidak pernah pergi bila aku sedang bercakap....
Dia makan roti paun sahaja dan bila aku dapat gaji aku akan belikan dia setin makanan kucing untuk dia. Aku tak beri makanan anjing kerana katanya dibuat dari daging yang tak halal. Dia menunggu dan makan di hadapan aku.... hanya berdindingkan pagar hijau itu memisahkan kami... aku tidak pernah sentuh dia.
"anjing...... nanti kalau aku tak ada, siapa nak bagi kau makan? ... kau jangan makan yang busuk busuk tau.... lari kalau ada orang nak pukul kau, tau???" itu perkataan biasa aku kepada dia.... Aku cakap dengan perasaan aku.. Ajaibnya aku berasa dia faham. Cara dia melihat aku. cara dia menggoyangkan ekornya, menjelirkan lidahnya.... Biasanya hampir maghrib aku akan bali dan dia akan menyalak kepada ku dan berlari masuk kehutan... adakalanya bila hujan, aku terbayang bagaimanakah dia menjalani hidup dalam hutan itu......ah.....mcm orang gila pulak rasanya..
Hari berganti hari, hubungan kami erat. Orang lalu lalang yang biasa melihat kami sudah melebelkan anjing ini milik aku......... "anjing zaidi........" begitulah kalau ada orang bertanya. Aku tunggu je kalau ada orang panggil 'zaidi anjing'. mahu perang sabil nanti. Sehingga ada orang mengadu kepada aku, jika anjing menyalak kepada anak-anak mereka yang hendak pergi mengaji... Marahnya diluahkan kepada aku. Biasanya aku minta maaf dan berkata " maaflah... esok saya cakap pada dia jangan menyalak lagi.........." sindir aku. Hakikatnya aku tahu, anjing di sebelah pagar dan tak mungkin dapat masuk kesini...
Esoknya seperti biasa, aku pergi... dan ceritakan kepada anjing. "...kau jaga kelakuan.... manusia tak suka.." Hari berganti hari, tanpa disedari hampir 2 tahun kami bersama..... Bila balik kerja jika tidak melihat anjing, aku akan rindu. Bila bercuti, anjing penuh dalam fikiran aku. Bila dapat gaji, makanan untuk anjing ada dalam baget aku....... entah kenapa aku jadi begini.,. aku jadi sayang kepada dia....
Hari rabu.........
Aku tidak lagi melihat anjing.... hari khamis... aku tidak melihat dia lagi.....'eh? mana dia pergi??? Anjing..... anjingg....." aku melemparkan roti... dia tiada..... hari jumaat.... dia tiada juga..Aku jadi bimbang... setiap orang yang lalu aku akan bertanya.... ada yang kata mereka pun tak nampak... Aku ke majlis daerah... bertanya tentang anjing, mana tahu telah di tangkap...."tak ada pulak kami tangkap anjing bulan ni encik..." kata pegawai tu... Aku jadi risau... siang malam memikirkan. Adakalanya dalam gelap subuh aku pergi kehutan kecil itu memanggil dia....
Hari berganti minggu dan berganti bulan..... dia tidak kelihatan lagi.. pernah mengalir airmata ku sujud kepada Allah, bertanya tentang dia........ namun dia tak muncul lagi........Aku tidak tahu dimana dia hingga hari ini... Hutan itu sudah tiada lagi. Pembangunan rumah mewah tersergam. Anjing masih aku rindui hingga hari ini.....sudah lima tahun... dan rindu ini masih mencengkam........
Dia najis mughalazah yang di rindui.........
Anjing........
ANJING.......
Ini kisah 5 tahun lalu. Dia selalu ada di luar pagar. Dia tinggal di dalam hutan kecil di belakang tu. Aku namakan dia 'anjing'. Dia sangat istimewa pada aku. Dia bukan anjing biasa. Dia bukan anjing jalanan.
Anjing, najis mughallazah. Aku diajar dari kecil agar jangan di sentuh najis ini. Tetapi aku tidak pernah di asuh membenci anjing. Ayah ku kata "dia makhluk Allah juga...." terdengar di telinga aku sewaktu aku ambil batu dan membaling anjing yang lalu. " Jangan benci binatang, selagi dia tidak membahayakan kita..." kata ayah aku lagi... Itulah kata kata yang masih dalam ingatan aku di ucapkan oleh Almarhum Ayahnda aku 47 tahun lalu.......
"anjing"..... Selalu menunggu aku di luar pagar ini..... Dia akan keluar dari hutan kecil itu, bila melihat kelibat aku... Dia akan menggoyang-goyangkan ekor nya, melompat lompat manja. Dalam hari aku semacam ada perasaan,. Faham ada dalam fikiran dia... Dia membesar di hutan ini.... Kata orang, ibunya telah di bunuh oleh petugas majlis daerah.... Sejak itu dia tinggal di hutan ini..... Dia tak pernah keluar. Dia makan dari buangan manusia pengotor di luar pagar ini. Tulang ayam goreng, makanan tidak habis, makanan basi yang di lemparkan oleh manusia pengotor yang malas membuang ke dalam tong sampah. Dia akan mengutip rekahan itu dan makan.... Kemudian masuk ke dalam hutan semula........
Hari hari aku melihat perlakuan ini sehinggalah satu hari aku beli sebuku roti paun dan cuba duduk di tepi pagar itu...... Aku tunggu dia... Tak menghiraukan manusia lalu lalang... Aku nampak dia mengendap intai aku dari dalam semak itu. Selama ini tak pernah ada sesiapa yang tunggu.. Dia cuak agaknya.... Aku duduk di pagar sebelah ini... Mengumpan roti paun di tangan aku..... Dia tidak percaya..... Aku koyak kan plastik roti, dan makan sekeping.... Aku memandang dia, dia nampak terkesima. Aku tahu dia lapar....
".. Anjing...... Anjing..... " panggil ku lembut..... Dia memandang aku menjelirkan lidah..." anjing..... Mari... Mari..... " aku melemparkan sekeping roti ke dalam pagar itu.... Dia berlari datang dan mengongkong roti itu dan bawa masuk ke dalam hutan.... Dia takut... Aku pun baringkan semua sekali ke dalam pagar dan aku pulang......
Esoknya aku datang lagi... Membawa rumah rumah tulang ayam yang aku minta pekerja KFC kumpulkan... Juga aku bawa sebuku roti... Aku duduk juga di tempat semalam... Kali ini dia nampak mesra... Dia berani datang mendekati pagar.... ' mungkin bau ayam agaknya.... " bisik aku... Aku lemparkan tulang ayam berselang dengan roti... Kali ini dia makan di depan aku. Itu pun sambil mengubah, sambil memandang aku....." hehehe... Aku panggil kau anjing ya... Nama kau anjing.. " aku bercakap dgn dia... Dia terus makan dan aku terus melemparkan makanan........... Hari hampir maghrib, aku pulang........
Saturday, 29 October 2016
PERJALANAN KEHIDUPAN
Aku menulis dengan perasaan sendiri. Apa yang di tulis adalah luahan secara langsung dari dalam fikiran tanpa di rancang gaya penulisannya. Apa yang keluar mengalir dari perasaan yang tulus ikhlas dan tulen. Lihat lah kehijauan ini. Tulen dan nyaman. Masih berpeluang melihatnya. Menikmatinya dan meredakan urat saraf yang saban hari di hasak dengan perjalanan kahidupan yang mencengkam dan menghimpit.
Itulah kita, aku, kamu, mereka, dia........manusia biasa yang adakalanya mahu menjadi lain dari seorang manusia. Ada manusia mahu menjadi tuhan. Mahu rasa jiwa yang maha berkuasa, maka resminya menghukum manusia lain biar pun di dalam fikirannya. Ada yang mahu jadi syaitan. Membuat kejahatan dan segala kejahatan dan kenakalan seolah-olah dia tidak akan mati. Seolah-olah dia sama ada bersama iblis sewaktu memohon kepada AL Malik untuk di hidupkan sehingga kiamat. Ada yang mahu menjadi malaikat. Dimana hidupnya hanya tertumpah kepada Maha Pencipta. Tak pedulikan kehidupan dunia nyata.
Apa pun yang mahu kita 'jadi', kita tetap manusia biasa. Kita lemah dan saling bergantungan antara satu sama lain. Kita saling perlu memerlukan. Kita tak mungkin dapat hidup bersendirian. Fikiran kita perlu di bebaskan. Perasaan kita wajar di luahkan. Pandangan kita mahu di raikan. Perintah kita mahu di turuti manusia lain. Itulah sifat manusia. Sifat yang sentiasa baharu. Kita mahu sentiasa di perbaharui...... tak kiralah apa yang kita mahu kita 'jadi'.........
Jadi aku menulis, meluahkan perasaan ini agar ianya menjadi hiburan, pengalaman, pengajaran, dan entah apa lagi yang aku tak tahu........
Terima kasih kerana sudi berada dalam kehidupan aku....... fikiran aku... pengalaman aku......
Aku perlukan kamu.. m
Subscribe to:
Comments (Atom)


